Selasa, Januari 13, 2009

Remaja Malaysia ni hebat ker????

Assalamualaikum..
Ketika kami melihat demostrasi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Kami berasa begitu terharu dan bangga dengan mereka. Mereka berani
menentang keganasan Zionis. Kami betul-betul salute la...

Tapi...

Kami hairan, kenapa yang datang tu tak seramai yang kami lihat dalam
konsert? Kami pun tertanya lagi, kenapa muda-mudi tak ramai pula dalam
demostrasi tersebut, kebanyakkan yang sertai orang2 dewasa sahaja.
Kami memang pelik sangat. Mana perginya muda-mudi yang lain. Tidakkah
mereka sedar bahawa mereka bakal pemimpin dunia.

Kami pun pergi ke satu pusat belah, kami lihat, ramai muda-mudi yang
kami cari berada disana. Adakah mereka melakukan demostrasi anti-Yahudi
disana. Kami pun pergi melihat. Terkezut kami lihat, sedang orang lain
sibuk menentang keganasan di Yahudi, muda-mudi tersebut sedang leka melepak
disana.Kenapa la mereka tak luangkan masa lepak mereka dengan rakan2 mereka
yang sedang menentang kekejaman Zionis.

Kami tak marah kalau pemuda-pemudi islam tu melepak(kami pun lepak gak) tapi
berpada-pada la. Kami nak anda semua tau. Islam makin lama makin ditindas
kami takut akan hal itu. Jadi pada harap, masa yang digunakan untuk lepak tu,
gunakanlah untuk berdoa dan bersembahyang hajat..

Kami nak tengok remaja Malaysia tunjuk kehebatan mereka, bukankah mereka kata mereka ni kuat dan hebat. Kalau hebat setakat cakap, adik kami pun pandai cakap, kalau kuat tapi kedekut tenaga, baik duduk rumah diam2...



( Remaja di Malaysia)

(Remaja di Palestin)

Kami tidak perlu bercerita mengenai gambar di atas, anda mesti nampak perbezaan antara remaja di Malaysia dan di Palestin.. Renungkanlah...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan