Ahad, Januari 18, 2009

Lalai dalam Aman!!!

Assalamualaikum

Maaf sebab kami dah lame tak update blog ni....
sibuk ngan keja kami...



Kali ni kami nak pembaca tahu, bahawa pelajar sekolah di Malaysia ni kebanyakkannya masih hanyut. Ketika kami berjalan2, kami ternampak ada sekumpulan pelajar sebuah sekolah, kami pun perhatikan mereka, ketika itu waktu persekolahan sedang berlangsung. kami perhatikan mereka dari jarak yang agak jauh...

Kami nampak pelajar sekolah tersebut lompat pagar sekolah, mereka lompat tergesa-gesa.
kami agak terkilan ngan sikap pelajar sekolah tu.. Kerana mereka tidak bersyukur akan keamanan dan hak mereka untuk belajar. Pembaca sudah maklum bahawa ketika ini, setiap sekolah di Palestin di bedil oleh Israel, hak kanak2 Palestin untuk belajar telah dirampas.
Kami pelik, kenapa la pelajar sekolah di Malaysia ini tidak bersyukur dengan hak yang mereka ada??? Kenapa???

Pernahkan mereka terbayang kalau hak mereka dirampas?? Adakah pelajar sekolah yang wujud di Malaysia ini tidak mempunyai hati yang bersyukur???
Kami harap para pelajar sekalian, bersyukur la dengan ape yang ada... Cuba kita lihat rakan2 kita di Palestin dalam usia yang sepatutnya mereka belajar, mereka gunakan usia yang mereka ada mengangkat senjata untuk pertahankan tanah air mereka...

Tapi, di Malaysia, mana hilangnya semangat belajar para pelajar???
Hanyut dengan keamanan ke?
jgn lupe, kita pernah dijajah, jgn lalai, salah langkah, negara tergadai....

1 ulasan:

  1. dulu2 nak ponteng skolah pun takut..ape tah lg nak panjat pagar skolah

    BalasPadam