Khamis, Februari 05, 2009

Islam kini : mari bersatu utk tidak bersatu!??

Assalamualaikum all…(maaf lambat update..menuntut ilmu..kuiz2..test2…harap maaf…)

Tajuk ini agak menarik utk kami ketengahkan…ummah kite masa kini adalah seperti ini! Tgk laaa kerajaan mesir… negeri ulama…negeri alim…negeri al azhar…negeri cendikiawan islam…negeri penuh keimana…memberi bantuan makanan kepada tentera israel! Tutup sempadan rafah! Xbg bantuan ke gaza! Tp bg tentera Israel kuar masuk sempadan utk beli keperluan…peluru..makanan… Inikah sikap kite sbg ummat islam?? Tgk laa negara arab sendiri…yg berbangga dgn menghafal al-quran kerana bahasa ibunda…tp..tgk laa pemimpin2 arab sekitar palestin…sumer boneka Israel..sumer takut Israel! Sedih bile mereka memilih utk MARI BERSATU UNTUK TIDAK BERSATU… =’(

Sedarlah duhai ummah! Kini ummah lesu ! ulama pula membisu! Di mane pemimpin seperti Iskandar zulkarnain? Dimane pemimpin seperti Umar al-khatab?? Dimane khalifah islam? Kenapa ummah tidak mampu melahirkan seorang seperti mereka??? Kerana zaman skang kiter tak memantapkan AKIDAH kite…..

Perhatikan situasi ini…
Suatu persidangan di Malaysia membincangkan isu boikot barang2 israel n amerika..adekah ia relevan?? Apekah pendapat anda?? Adekah anda telah memikirkan segala aspek?? Memikirkan sume akibat dan kesan?? Dalam persidangan ini…ade dua kelompok… kelompok pertama, boikot tidak relevan kerana kalo kiter boikot israel dan amerika, mereka akan boikot Malaysia dan ini akan menyebabkan ekonomi Malaysia bertambah teruk….malah akan menyebabkan rakyat Malaysia sengsara..kerena mereka yg menentukan jatuh bgn Malaysia.. kelompok kedua… isu boikot amat relevan..kiter xperlu takut kpd tekanan mereka..kerana nyawa dan keselamatan kite dibawah tangggungjawab ALLAH..bukan mereka yg menentukan takdir kiter….kiter wajib boikot mereka…tiada sbb kite xboleh boikot mereka!! Kenapa perlu takut akan tekanan mereka?!
Ape pendapat anda?? Adekah anda di kelompok pertama atau yg kedua?? Tepuk dada Tanya IMAN!!

p/s: akan dtg…nantikan analisis survey kami ttg isu palestin dikaca mata non-muslim…ape tanggungjawab kite??

Ahad, Januari 18, 2009

Lalai dalam Aman!!!

Assalamualaikum

Maaf sebab kami dah lame tak update blog ni....
sibuk ngan keja kami...



Kali ni kami nak pembaca tahu, bahawa pelajar sekolah di Malaysia ni kebanyakkannya masih hanyut. Ketika kami berjalan2, kami ternampak ada sekumpulan pelajar sebuah sekolah, kami pun perhatikan mereka, ketika itu waktu persekolahan sedang berlangsung. kami perhatikan mereka dari jarak yang agak jauh...

Kami nampak pelajar sekolah tersebut lompat pagar sekolah, mereka lompat tergesa-gesa.
kami agak terkilan ngan sikap pelajar sekolah tu.. Kerana mereka tidak bersyukur akan keamanan dan hak mereka untuk belajar. Pembaca sudah maklum bahawa ketika ini, setiap sekolah di Palestin di bedil oleh Israel, hak kanak2 Palestin untuk belajar telah dirampas.
Kami pelik, kenapa la pelajar sekolah di Malaysia ini tidak bersyukur dengan hak yang mereka ada??? Kenapa???

Pernahkan mereka terbayang kalau hak mereka dirampas?? Adakah pelajar sekolah yang wujud di Malaysia ini tidak mempunyai hati yang bersyukur???
Kami harap para pelajar sekalian, bersyukur la dengan ape yang ada... Cuba kita lihat rakan2 kita di Palestin dalam usia yang sepatutnya mereka belajar, mereka gunakan usia yang mereka ada mengangkat senjata untuk pertahankan tanah air mereka...

Tapi, di Malaysia, mana hilangnya semangat belajar para pelajar???
Hanyut dengan keamanan ke?
jgn lupe, kita pernah dijajah, jgn lalai, salah langkah, negara tergadai....

Rabu, Januari 14, 2009

Cakap Kosong Atau Cakap Fakta?????

Dengarlah rakanku, umat islam di tindas tetapi apa yang umat islam di Malaysia telah lakukan sebagai tanda pengorbanan mereka kepada umat islam di seluruh dunia??Tanya la diri sendiri..besar ke pengorbanan anda?...berbaloi kah pengorbanan anda??..setimpal ke pengorbanan anda??..
Jiikalau setakat mengharapkan mulut berkata2..lebih baik anda bercakap dengan batu.

Kami bukan apa, ada seorang kawan kami tu.. bila diungkit soal palestin, berkobar-kobar dia berkata tapi hanya bertahan selama satu hari sahaja. Bahkan kami lihat, apa yang di kata tidak ada fakta. Melalut dan berangan. Kami nak sahabat kami, bila berkata, biar ada isi dan makna..

Omong2 kosong ibarat tiada tamadun. Jadi kami harap sahabat kami, sekali buka mulut, biar lah ia buka dengan penuh makna.
Sekali lagi kami ingin sahabat kami berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di Palestin....

( Kami menulis sebagai peringatan pada kami juga)

Selasa, Januari 13, 2009

Remaja Malaysia ni hebat ker????

Assalamualaikum..
Ketika kami melihat demostrasi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Kami berasa begitu terharu dan bangga dengan mereka. Mereka berani
menentang keganasan Zionis. Kami betul-betul salute la...

Tapi...

Kami hairan, kenapa yang datang tu tak seramai yang kami lihat dalam
konsert? Kami pun tertanya lagi, kenapa muda-mudi tak ramai pula dalam
demostrasi tersebut, kebanyakkan yang sertai orang2 dewasa sahaja.
Kami memang pelik sangat. Mana perginya muda-mudi yang lain. Tidakkah
mereka sedar bahawa mereka bakal pemimpin dunia.

Kami pun pergi ke satu pusat belah, kami lihat, ramai muda-mudi yang
kami cari berada disana. Adakah mereka melakukan demostrasi anti-Yahudi
disana. Kami pun pergi melihat. Terkezut kami lihat, sedang orang lain
sibuk menentang keganasan di Yahudi, muda-mudi tersebut sedang leka melepak
disana.Kenapa la mereka tak luangkan masa lepak mereka dengan rakan2 mereka
yang sedang menentang kekejaman Zionis.

Kami tak marah kalau pemuda-pemudi islam tu melepak(kami pun lepak gak) tapi
berpada-pada la. Kami nak anda semua tau. Islam makin lama makin ditindas
kami takut akan hal itu. Jadi pada harap, masa yang digunakan untuk lepak tu,
gunakanlah untuk berdoa dan bersembahyang hajat..

Kami nak tengok remaja Malaysia tunjuk kehebatan mereka, bukankah mereka kata mereka ni kuat dan hebat. Kalau hebat setakat cakap, adik kami pun pandai cakap, kalau kuat tapi kedekut tenaga, baik duduk rumah diam2...



( Remaja di Malaysia)

(Remaja di Palestin)

Kami tidak perlu bercerita mengenai gambar di atas, anda mesti nampak perbezaan antara remaja di Malaysia dan di Palestin.. Renungkanlah...........

Isnin, Januari 12, 2009

lesu...bisu..lembap..

"Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.


Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya"


Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.


Masihkah anda ingat petikan ini??

masihkah terngiang2 di dalam fikiran anda??

atau ia sudah lupus dimamah usia??

atau ia tersimpan jauh..jauh..di dlm lubuk memori pemikiran anda??

apekah reaksi anda apabila membaca petikan dari saudara kite sendiri ini??

tiada reaksi??

atau sekadar melewati telinga kanan lalu menembusi telinga kiri??(kalo anda bc kuat2)

atau sekadar tatapan biasa2 sahaja di dalam blog ini?

tiadakah sekelumit kecil rase gentar dlm diri anda apabile baca petikan diatas??

atau anda tidak beriman(percaya) ttg HARI PEMBALASAN??(nauzubillah)

ha...takpun anda tidak percaya petikan ini sama sekali dilafazkan oleh Dr.Khalil Ismail al-Haya??

atau anda mahu menunggu beliau sendiri lafazkan petikan ini dihadapan mata anda??


Wahai pemuda dan pemudi islam,

kenapa masih berdiam diri??

gunakanlah segala medium supaya anda tidak tergolong dlm golongan yg LESU dan BISU!!

Kami nak bercerita....

Assalamualaikum....

Kami ingin mengucapkan terima kasih pada mereka yang sudi membaca blog
ini.
Sekali lagi, marilah kita berdoa agar rakyat Palestin mendapat hak mereka.
Untuk pengetahuan pembaca juga, hari ini, ketika kami menulis, angka kematian
telah pun meningkat di Palestin. Mari kita berdoa agar pejuang2 yang terkorban
itu ditempatkan di kalangan orang beriman.

Pada suatu malam ketika kami cuba menidurkan diri, kami terfikir, betapa
bezanya keadaan Palestin dan Malaysia. Perbezaan ini tidak boleh diungkap
dengan peribahasa bagai langit dengan bumi, terlalu berbeza.

Renungkanlah...

Bila kita bangun dari tidur di pagi hari, keadaan amat nyaman dan tenteram
tapi bagaimana dengan rakan-rakan kita di Palestin? Adakah tenang dan nyaman?
Adakah mereka tidur dengan lena?

Bila kita makan, kita makan sepuas hati kita, kadang2 makanan tak habis,
kita lontar dalam tong sampah tapi di Palestin, adakah mereka dapat makanan?
masih adakah istilah kenyang pada mereka? Masihkah mereka ingat lagi pada
makanan yang sedap?

Di Malaysia, setiap kali ada "event", bunga api di pasang mewarnai langit
yang gelap, pesta diadakan di merata-rata tempat, anak muda duduk melepak
di sana sini tapi di Palestin, mereka menyambut dengan letupan bom dari
rejim Zionis, anak muda mereka pula mengangkat senjata untuk melindungi
tanah air mereka, "pesta" mereka pula seksaan dari Zionis, konsert mereka pula
tangisan keperitan mereka.. Nauzubillah...

Kami meminta pembaca, kurangkan lah enjoy kerana rakan-rakan kita di Palestin
terlalu seksa..

NAUZUBILLAH...

Ahad, Januari 11, 2009

Apa yang berlaku?


Dari hari ke hari...
Habis palestin di mamah Israel. Hari dipenuhi dengan ketakutan yang teramat.
Kita sedia maklum, saudara islam kita disana ramai yang terkorban. Mayat bergelimpangan di setiap perjalanan. Ibarat perhiasan, seperti pokok-pokok, bunga-bunga yang biasa kita lihat di tanah air kita.

Malah, di Palestin,tangisan umpama lagu yang sering kita sering dengar. Barangkali, mereka sudah kering air mata untuk tangisi apa yang berlaku.

Apa tanggungjawab kita sebagai umat islam dan mahasiswa? Adakah hanya bersimpati ataupun menghulurkan wang ringgit sahaja? Tidak, kita seharusnya menanam sifat benci pada musuh islam. Tidak hanya berdemostrasi, kita juga perlu memikir apa yang harus kita lakukan untuk menghancurkan musuh islam ni. Seperti berdoa kepada ALLAH S.W.T agar musuh islam itu hancur. InsyaALLAH.

Kami di sini menyediakan beberapa keping gambar yang menunjukkan kekejaman Yahudi keatas rakyat Palestin... Nauzubillah..








Adakah ini masih boleh diterima dalam tamadun masa kini?

sedarlah!

Ana amat mencemburui antum Mujahidin Palestin
Antum dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Antum terpilih mempertahan masjid suci
syurga dapat antum rasai
Antum mati tapi sebenarnya antum masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi antum
Apakan daya
Ana hanya mampu berdoa
Ana hanya mampu menghulurkan derma
Ana sekadar mampu memboikot
Jika antum di ambang syurga
Doakan ana dapat bersama antum
islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara islam dan Al-Quran
Tapi diri ana,
ana sendiri yang menentukan baik atau buruk,
syurga atau neraka

pencipta : Rozmal Malakan

Selain menderma...berdemonstrasi...

link kat atas merupakan senarai penuh produk2 yg perlu kite boikot... walaupun kite xmampu pergi ke Palestin utk berjihad,tetapi kite mampu utk boikot produk2 rejim binatang israel dr tidak berbuat ape2...
dah laa xgi jihad..pehtu sedap2 gi KFC,McD pehtu isap rokok pulak tuh dahtu pulak gi shopping kat CarreFour...pehtu dating kat starbuck..pk2 laa sendiri..
apekate lepas ni...kuar outing...korang gi makan kat ayamas...pehtu minum air excel...then xyah laa isap rokok...rentikan laa...haa..shopping lak gi laa UDA Ocean ke..econsave ke...

Produk alternatif kepada produk2 boikot :

Cintan-mee segera (maggi,nestle)
Yoe's-minuman tin (nestle,sunkist)
Ayamas-makanan segera (KFC,McD)
Halagel-barang dapur dan keperluan harian (Nescafe,Colgate)
Tamin-kicap dan perencah mknn (maggi,nestle)
Boh-teh (starbuck)
Excel-minuman isotonik (coca cola,pepsi, sprite,fanta)
Horlicks-minuman cokelat (milo)
Daia-sabun basuh (kleenex)
Harakah,BH-surat khabar (The Sun)
Sony Ericsson,i-mobile,CSL mobile-Handphone (Nokia,Motorola)
Adabi-perencah (maggi,nestle)
Econsave-pasaraya murah (Carrefour)
syurah,UNZA,Dettol-produk kebersihan dan kecantikan(Calvin Klein)
al-jazeera-siaran berita langsung (CNN)
Laurier,susen,petpet-pad dan lampin bayi (kotex,huggies)
AMD-processor komputer (Intel)
Acer,Compaq-laptop,aksesori pc, (IBM)

*list diatas merupakan list asas yg terlintas di pemikiran kami sbg student+blogger...so sebarang respon,tambah baik or pembetulan...sila laa komen ye...harap maklum

Doa senjata umat islam...

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka!

Kalahkan mereka!

Kalahkan mereka!

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin!