Isnin, Januari 12, 2009

Kami nak bercerita....

Assalamualaikum....

Kami ingin mengucapkan terima kasih pada mereka yang sudi membaca blog
ini.
Sekali lagi, marilah kita berdoa agar rakyat Palestin mendapat hak mereka.
Untuk pengetahuan pembaca juga, hari ini, ketika kami menulis, angka kematian
telah pun meningkat di Palestin. Mari kita berdoa agar pejuang2 yang terkorban
itu ditempatkan di kalangan orang beriman.

Pada suatu malam ketika kami cuba menidurkan diri, kami terfikir, betapa
bezanya keadaan Palestin dan Malaysia. Perbezaan ini tidak boleh diungkap
dengan peribahasa bagai langit dengan bumi, terlalu berbeza.

Renungkanlah...

Bila kita bangun dari tidur di pagi hari, keadaan amat nyaman dan tenteram
tapi bagaimana dengan rakan-rakan kita di Palestin? Adakah tenang dan nyaman?
Adakah mereka tidur dengan lena?

Bila kita makan, kita makan sepuas hati kita, kadang2 makanan tak habis,
kita lontar dalam tong sampah tapi di Palestin, adakah mereka dapat makanan?
masih adakah istilah kenyang pada mereka? Masihkah mereka ingat lagi pada
makanan yang sedap?

Di Malaysia, setiap kali ada "event", bunga api di pasang mewarnai langit
yang gelap, pesta diadakan di merata-rata tempat, anak muda duduk melepak
di sana sini tapi di Palestin, mereka menyambut dengan letupan bom dari
rejim Zionis, anak muda mereka pula mengangkat senjata untuk melindungi
tanah air mereka, "pesta" mereka pula seksaan dari Zionis, konsert mereka pula
tangisan keperitan mereka.. Nauzubillah...

Kami meminta pembaca, kurangkan lah enjoy kerana rakan-rakan kita di Palestin
terlalu seksa..

NAUZUBILLAH...

1 ulasan:

  1. hari2 aku fikir..adik2 aku kat sini hidup aman damai..senjata pun tak kenal..apetah lagi nk bermandi darah..tp tgk adik2 kat sane..kecik2 dah kne amik tau pasal senjata2..hari2 ade yg terkorban bermandi darah..sedih~

    BalasPadam